Total Pageviews

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

16 hb Mei muncul lagi ...... Hari yang dinanti oleh setiap warga guru..SELAMAT HARI GURU...1 ASPIRASI, 1 AGENDA.

Wednesday, March 13, 2013

PELANCARAN PROGRAM BACAAN RINGAN BAHASA INGGERIS ( DRIP )

Bertempat di dataran perhimpunan, pada hari Ahad 10hb Mac 2013, berlangsunglah Pelancaran Program Bacaan Ringan Bahasa Inggeris atau DRIP( Drop Everything and Read Programme ).

Program tersebut bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Terengganu.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar , Tuan Haji Yusof bin Mohamad.



Monday, February 25, 2013

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH



Pada Ahad, 24 Februari 2013,Program Pelancaran  Nlam Peringkat  Sekolah  telah   di adakan di dewan terbuka sekolah. Majlis telah dihadiri oleh semua guru dan murid SKKT.
Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis,Pn. Zuraida Ahmad. Beliau telah menerangkan tentang Program Nilam dari segi matlamat, objektif dan pelaksanaannya.
Nyanyian Lagu Nilam telah diperdengarkan dan dinyanyi bersama oleh murid-murid .
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Haji Yusof bin Che Endut yang mewakili Tuan Guru Besar dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah.

Pelancaran Nilam juga telah diserikan lagi dengan persembahan daripada wakil  murid Tahap 1 dan Tahap 2.                  
  • a) bercerita ------ Tahap Satu  :     Hasya Salihin bt Mohamad Fadzil Sharif ( 2IM ) 
  •                               Tahap Dua  :     Nor Ain bt Zamzurina (5IS)
  •                                                           Amira Sofea bt Mohd Noor (5IS)
  • b) nyanyian berkumpulan -------  murid tahun 3IS dan  3IM

Thursday, February 14, 2013

HARI PERTAMA LATIHAN DESATHON

Hari ini Rabu 13 hb Februari, bermulalah latihan Desathon bagi semua rumah iaitu rumah Merah ,Biru, Kuning dan Hijau.Latihan bermula pada pukul 5 petang.


Murid- murid sedang mendengar penerangan dari guru rumah sukan sebelum larian dimulakan.




Wednesday, February 13, 2013

AKTIVITI KELAB PUSAT SUMBER

Pada perjumpaan persatuan /kelab minggu ini, Kelab PSS telah mengadakan aktiviti menampal bakut pada buku besar ( big book ). Penerangan telah diberi oleh guru pembimbing dan aktiviti dijalankan secara berkumpulan.








Saturday, February 9, 2013

Friday, February 8, 2013

PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013




Seramai 63 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2013 ini. Mereka terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6.